15 Jul 2014

Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf versi ebook

Pengarang:Ainon Mohd
Penerbit:PTS
Rating Kulit Buku: 4.1/5


 Pertama kali membaca rangka buku ini di blog rasmi beliau iaitu universitipts saya amat teruja keluaran buku ini. Teori ini sudah digunapakai di syarikat beliau sendiri bagi memudahkan para penulis beliau menghasilkan novel yang bermutu tinggi dan berkualiti.Melalui teori ini dapat kita mengetahui untuk menghasilkan buku yang tahan lama agar sentiasa diulang cetak kita mesti mempunyai kepelbagaian watak. Bagi menghasilkan novel Islami semestinya kita harus memperlihatkan budi pekerti watak utama dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Bagi menghasilkan watak utama yang hebat  penulis perlu memahami beberapa teori yang dikemukakan oleh penulis pada buku ini. Watak-watak lain perlu diperbanyakkan bagi menambahkan suasana yang lebih meriah. Mengikut statistik yang terdapat dikemukakan seperti berapa kerap dialog yang sentiasa di cakap oleh watak utama serta loghat yang bagaimana yang sesuai apabila membina suatu karakter. Saya amat tertatik dengan penggunaan bahasa isteri Al Aziz yang merasakan sangat tertarik akan ketampanan Nabi Yusuf.Bagi menghidupkan watak jahat masih lagi belum dikenalpasti untuk saya memahaminya kerana sifat dengki untuk sesebuah novel Islami bukan terletak pada watak jahat itu sendiri.
 Saya bersetuju satu teori dimana wajah dan susuk badan tidak disebut agar menjadikan sebuah novel itu lebih sedap dibaca.Saya memerhatikan adakah lebih bagi novel itu lebih perlu watak jahat yang ramai atau perlu watak wanita yang ramai agar cara penerimaan pembaca lebih terkesan dengan hasil penulisan novel cinta.Pada hemat suasana dan keadaan di penjara dan di keadaan kota kurang dibicarakan supaya pembaca lebih memerhati dialog yang sesuai untuk watak jahat mahupun watak baik.


0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging