1 Apr 2012

Belajar Berfikir


Genre:  Pendidikan
 Rating Kulit Buku:3.7
Penerbit: PTS
Pengarang: Ainon Mohd dan Abdullah Hassan
Halaman: 358
Sebagai seorang profesional kebiasaannya kita tertarik kepada penjelasan yang lebih tersusun dan bersifat teknikal. Belajar berfikir amat menitik beratkan budaya orang Asia tentang permasalahan berfikir. Banyak contoh-contoh yang diberikan tentang kesalahan-kesalahan dalam pemikiran sejak dari bangku sekolah hinggalah dewasa. Kesalahan-kesalahan ini berlaku bukan kerana tidak tahu namun kerana sudah menjadi kebiasaan. Pelbagai kertas kerja yang telah dikaji bagi memantapkan buku Belajar Berfikir yang membuatkan ia mempunyai keaslian yang tersendiri dalam menyampaikan teori dan idea. Saya mengklasifikasikan buku ini untuk bacaan yang berat kerana ia penuh dengan kertas kerja dalam dan luar negara.
 
    Sekali pandang kulit buku ini tidaklah menarik kerana meletakkan gambar orang unta memegang dahi. Tulisan juga tidak berapa menonjol hanya menggunakan font yang mudah sahaja. Font ini belum cukup untuk menutup ketidaksempurnaan wajah 'orang utan' di sebelah kanan. Saya meletak rating yang agak sederhana kerana faktor keseimbangan gambar dan kekemasan susun atur antara tulisan dan gambar.

    Belajar berfikir meletakkan Dr. Edward De Bono dan KJ Method dalam kajian utama mereka. Berfikir secara kritikal iaitu berfikir secara parallel dan lateral yang menitikkan beratkan warna seseorang dalam menyelesaikan masalah. Kadangkala kita tidak tahu apa masalah dan punca bagi masalah kita, maka cara pemikiran yang betul mampu mengurangkan kita membuat pilihan yang salah. Risiko salah membuat keputusan tetap ada namun kita mungkin dapat mengetahui apakah risiko tersebut dengan kaedah Parallel Thinking. Banyak istilah yang begitu bergaya yang cuba diketengahkan oleh Puan Ainon dan Prof Abdullah Hassan seperti Falasi,silogisme, berfikir secara kognitif dan pelbagai lagi. Ia menjadi lebih menarik apabila mereka dapat mengaitkan cara berfikir secara orang Melayu seperti peribahasa dan adat Melayu.Saya mengambil masa 3 minggu untuk menghabiskan 14 bab kesemuanya.

0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging