18 Jul 2013

Tuhan, Aku Kembali versi E-book


Penulis: Sham Kamikaze
                       Ainuddin Kamaruddin
Penerbit: PTS Publications
Halaman:
Rating Kulit Buku: 4.1/5
Buku ini membicarakan tentang penghijrahan Sham Kamikaze dari pemain muzik kepada pendakwah.Anak sulung daripada empat adik beradik Shamril Mohd Salleh atau lebih dikenali Sham Kamikaze mula berhijrah ke jalan kebenaran setelah kawan baiknya,Ari mula memberi peringatan tentang Islam. Beliau mendapat petunjuk untuk berubah setelah bersalaman dengan Imam Masjidil Haram iaitu Imam As -Sudais pada waktu aktiviti 'Le Tour de Masjid' bersama Ari dilakukan. Walaupun perubahan beliau amat memerlukan pergorbanan masa dan tenaga itu tidak menjadikan beliau berputus asa untuk mengajak muda mudi untuk belajar agama melalai pendekatan beliau menggunakan gitar. Sham Kamikaze tidak keseorangan dalam menyampaikan dakwah kerana ustaz -ustaz dan pemngikutnya sentisa memberi sokongan. Dengan pengikut hampir 350,000 di Facebook beliau meneruskan usaha tanpa rasa jemu dengan menghantar pesanan ringkas tentang hadith-hadith,waktu solat,soal jawab dan lain-lain.Ilmu-ilmu agama yang beliau perolehi adalah hasil usaha keras beliau membeli dan membaca buku serta menuntut dengan Ustaz Dr. Asri di Institut Al-Qayyim,Bukit Mertajam.Dengan buku ini beliau menceritakan perubahan beliau yang meninggalkan solat dan puasa kepada seorang yang lebih qanaah dan alim. Karier dakwah beliau meningkat setelah mendapat tawaran TV Al -Hijrah untuk mengendalikan rancangan yang yang berkonsepkan "Gua Rock Gua Beriman". Sham Kamikaze melakukan bengkel gitar secara percuma untuk mereka yang ingin belajar gitar dengan beliau. Peristiwa yang berlaku ketika mgendalikan bengkel itu amat memberi kesan kepada ramai pembaca saya rasa.Sambutan yang menggalakkan dari ramai orang muda selalu menaikkan semangat beliau utunuk terus berusaha dalam melebarkan dakwah yang suci ini.

Namun begitu cabaran beliau dengan berdakwah bukanlah sedikit kerana beliau sering dicerca dan dihina kerana menyampaikan dakwah menggunakan gitar kerana ramai yang menganggap perkara itu haram di sisi Islam. Di Konvesyen Fiqh beliau berucap serba sedikit tentang pendekatan yang beliau anggap sesuai untuk "Mat Rock" di luar sana untuk kembali kepada Islam secara berperingkat-peringkat. Buku ini juga membicarakan harapan dan cita-cita Sham Kamikaze dalam melihat aktiviti dakwah beliau yang penuh dengan pancaroba dan onak duri ini.Sham Kamikaze adalah segelintir artis yang melakukan perubahan secara drastik setelah mendapat taufik daripada Allah S.w.t di Malaysia ini.

0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging