16 Jun 2013

Imam Syafie :Pejuang Kebenaran

                                                                   


                                          Nama Pengarang: Abdul Latip Talib
                                                     Rating Kulit: 4.1/5
                                                Penerbit: PTS Litera Utama
                                                      Halaman: 228

Sejak kematian suami, Ummu Habibah al-Uzdiyyah terpaksa menjaga anak kesayangannya yang bernama Muhammad bin Idris. Kelahiran Imam Syafie ke dunia ini amat ditunggu-tunggu oleh ayah dan ibunya setelah mereka bermimpi perkara yang sama. Daya ingatan Imam Syafie amat mengagumkan kerana beliau mampu menghafal Al-Qur'an pada usia sembilan tahun. Walaupun beliau seorang yang miskin namun semangat untuk  belajar amat tinggi terutama dari ulama-ulama yang tersohor di Kota Mekah. Beliau mampu menghafal 10,000 buah puisi daripada gurunya Mus'ab hasil dari karangan kabilah Huzail. Setelah itu beliau berguru dengan Imam Malik di Kota Madinah apabila beliau habis belajar ilmu hadis and feqah dari Imam Ismail al-Khustantani dan Imam Sufian Ainiah.


Imam Syafie terus belajar hingga ke Kufah, Iraq negeri seribu satu malam yang memakan masa 24 hari menaiki unta. Di Kufah beliau berjumpa dengan Imam Abu Yusif dan Imam Muhammad al-Hasan setelah berlaku insiden yang di antara anak murid gurunya dengan Imam Syafie berkenaan solat. Sebelum Imam Malik meninggal dunia beliau telah memberikan separuh hartanya kepada Imam Syafie namun Ummu Habibah al-Uzdiyyah tidah merestuinya. Semasa berada di Yaman, beliau berkahwin dengan Hamidah binti Uyainah dan dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Apakah kesudahan cerita antara Tuan gabenor as-Saud dengan Imam Syafie?

0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging