17 Jun 2013

Cerita dari Syurga



Penulis: Zamri Mohamad
      Yusry Yusopp
         Haeqal Zulqarnain
Penerbit: PTS Professional
Halaman:111
 Rating Kulit Buku: 3.5/5

Isi kandungan buku ini merperlihatkan kepada kita tentang 30 cerita yang mantap lagi berfalsafah. Bagi diri saya yang kurang tentang agama amat memerlukan buku sebegini agar dapat memapankan lagi pendirian dan kepercayaan saya kepada Allah S.W.T. Mungkin bagi sesetengah orang berpendapat bunyinya amat mengaibkan namun bagi saya jika kita tidak mengetahui sesuatu ilmu lebih baik kita mengaku. Buku ini mampu menaikkan karakter seseorang muslim itu ke tahap yang lebih tinggi dan meyakinkan.Cerita tentang teh untuk membina pengaruh. Cerita tentang abang bisu dengan kuasa komunikasinya.Cerita tiga mengenai kasih sayang ayah tidak dapat ditandingi oleh anaknya.Cerita empat tentang Adam dengan ayahnya.Cerita lima tentang sebuah kisah benar yang indah. Cerita enam memaparkan cara kasih sayang seorang ayah kepada tiga orang anak-anaknya.Cerita tujuh tentang kasih sayang dan cinta sepasang pasangan yang lanjut usia.Cerita kelapan mengenai zuhud bisnes yang mampu mengubah persepsi para pekerja yang  bersungguh-sungguh menjaga amanah kerana mereka di bawah radar Allah. Cerita kesembilan tentang bagaimana ingin mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat(2:201) melalui tujuh tanda seperti mendapat kejiranan yang baik serta keberkatan umur. Cerita kesepuluh tentang kita menilai ikhlas seseorang melalui perbuatan seperti bersedekah,menulis serta menutup aurat. Cerita ke-sebelas kisah tentang Hawa di perantauan melalui senyuman yang mampu melegakan tekanan dan mampu membawa bersamanya perkataan hikmah dah bijaksana.

Cerita ke-dua belas tentang perbualan antara Daniel dengan Puan Sarah mengenai hadis Nabi berlumba lari dengan Aishah sebanyak dua kali. Puan Sarah cuba untuk menerangkan bagaimana kita ingin meningkatkan tanda sayang kita terhadap pasangan kita melalui ingatan. Cerita ke-14 mengisahkan Nuh dengan ayahnya yang menghubungkan sepupunya dengan penulis kegemaran sepupunya. Cerita ke-15 mengenai bagaimana seorang pemimpin perlu meminta maaf kepada orang bawahnya sekiranya dia pernah memeberi layanan yang kasar. Cerita ke-16 tentang penceramah yang cuba menerangkan kuasa memilih terletak di tangan manusia itu sendiri. Cerita ke-17 tentang 2 pesakit, yang seorang memberi harapan dan seorang lagi bersangka buruk. Cerita ke-18 memaparkan seorang pemandu menghargai hadiah replika keris yang diberikan oleh majkannya. Cerita ke-19 tentang ingatan anak kepada ayahnya melalui sekeping lukisan.Cerita ke-20 memaparkan sikap seorang jurujual yang tidak memilih pelanggan dalam menjual produk di farmasi. Cerita ke-21 mengisahkan si anak lelaki yang pemarah mendapat pengajaran dari bapanya bahawa perkara yang dimaafkan masih meninggalkan parut kepada orang yang telah dimarahi. Cerita ke-22 menceritakan si ayah yang mengharap agar isteri dan anak-anaknya menginati beliau melalui sikapnya bukan pangkat atau jawatan. Cerita ke-23 tentang isu lelaki yang baik hati membeli tiket untuk pasangan suami isateri serta anak-anak mereka. Cerita ke-24 membawa maksud pentingnya hidup berjiran dan mempunyai batasan yang mungkin sahaja menyelamatkan malah terhindar dari masalah. Cerita ke-25 tentang bagaimana Ah Chong menerima hidayah melalui sedekah RM 100 dari orang asing.Cerita ke-26 kisah antara dua sahabat yang salah seorang telah meninggal dunia terlebih dahulu. Cerita ke-27 berkait rapat dengan saat perkenalan pertama yang memberi ingatan sepanjang hayat. Cerita ke -28 menceritakan bagaimana untuk menjadi sahabat terbaik dengan memulakan dengan diri sendiri dahulu. Cerita ke-29 tentang kisah seorang hamba Allah yang menghulurkan bantuan kepada sepasang adik beradik yang ingin membeli tudung merah jambu kepada ibu mereka. Cerita ke-30 mengisahkan Cikgu Hassan yang memberi kata-kata motivasi kepada anak muridnya yang seterusnya memberi sinar harapan baru kepada anak didiknya itu.


0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging