27 Okt 2013

Demi Masa


Penulis: Abu Hassan Morad
Penerbit: Galeri Ilmu
Rating Kulit Buku: 3.8/5
Halaman: 192

Buku ini menyuntik semangat bagi bangsa Melayu untuk menongkah arus pembangunan yang makin mencabar dari segi jati diri dan budaya.Dalam menghadapi cabaran globalisasi penulis telah menitipkan nilai-nilai keagamaan untuk mengekang budaya yang menyerang pemikiran bangsa kia. Pengalaman penulis yang luas telah diluahkan ke dalam buku ini yang menerangkan situasi yang sebenar berlaku di negara-negara Asia. Setiap pengamatan membongkar teori yang menarik untuk mengelak anak-anak muda daripada dipengaruhi oleh arus globalisasi. Kesan globalisasi ini boleh melahirkan ramai "anak-anak dajal" yang akhlaknya amat buruk.Buku ini cuba menyampaikan bahawa mengawal penyakit yang merebak di kalangan anak bangsa lebih baik  daripada mengubati. Dengan mengembalikan mereka kepada asas iaitu pendidikan Islam untuk memastikan hala tuju  kehidupan benar-benar cemerlang.


Bagi mengukuhkan semangat patrioktik kita perlu memulakan dari akar yang sudah ditanam hampir lebih 50 tahun dengan mengubah motivasi dan slogan-slogan di papan tanda untuk rakyat berubah. Orang Melayu perlu menguasai ilmu perniagaan yang mementingkan tali ukhuwah, iman dan takwa. Orang kita perlu memiliki sifat untuk bersaing dengan orang lain termasuklah bangsa asing agar kita tidak kelaparan di negara sendiri. Media perlu lebih telus dalam mengupas sesuatu isu agar dapat mendidik masyarakat agar lebih sedar dan insaf. Dalam menafsir modal insan, kita perlu mengenepikan kepalsuan dan tipu muslihat seolah-olah pangkat dan angka-angka itulah Islam dan matlamat perlu dicapai tetapi sepatutnya sahsiah diri dan akhlak diberi perhatian. Pengorbanan yang murni akan sentiasa mendapat keredhaan Allah malah akan terpancar melalui setiap tindakan. Ujian yang Allah tentukan untuk saudara seagama perlu dirasai bagi membuktikan ukhwah Islamiah kita. Untuk mencapai keamanan dan keharmonian kita perlu berjuang dengan mekanisme tersendiri. Dengan memusabah diri kita dapat mengurangkan poket Amerika Syarikat untuk membiayai kos ketenteraan mereka. Dalam kita berjuang kita perlu meletakkan ukhuwah dan silaturrahim perkara utama agar dapat membentuk ummah yang hebat.Kita perlu mencontohi Myanmar dan Kampuchea agar dapat menyedarkan orang Melayu supaya jangan ketinggalan jauh dalam era globalisasi. Dalam mengharungi perkembangan globalisasi jati diri Melayu tidak ditinggalkan dengan mengambil iktibar dari orang Melayu selatan Thai. Masa tetap akan berlalu sama ada kita bersedia ataupun tidak. Sebagai pemimpin kita perlu melihat apa yang kita pimpin kerana ia akan dinilai oleh Allah kelak. Setiap waktu yang kita gunakan perlulah sentiasa mengikut kadar yang optimum agar tidak menjadi sia-sia.Keberkatan rezeki itu bukan terletak pada jumlah yang banyak tapi pada sedikit tapi mencukupi. Walaupun berhijrah itu mengundang 1001 ujian tapi ia membezakan kita dengan bangsa lain.Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri dalam berkhidmat untuk manusia sejagat  tetapi  sebaliknya mementingkan kepentingan ummah agar dapat membenteng diri daripada ancaman luar. Kita perlu melihat apa yang kita lakukan sebagai ibadah yang menguntungkan


0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging