15 Jul 2014

Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf versi ebook

0 comments
Pengarang:Ainon Mohd
Penerbit:PTS
Rating Kulit Buku: 4.1/5


 Pertama kali membaca rangka buku ini di blog rasmi beliau iaitu universitipts saya amat teruja keluaran buku ini. Teori ini sudah digunapakai di syarikat beliau sendiri bagi memudahkan para penulis beliau menghasilkan novel yang bermutu tinggi dan berkualiti.Melalui teori ini dapat kita mengetahui untuk menghasilkan buku yang tahan lama agar sentiasa diulang cetak kita mesti mempunyai kepelbagaian watak. Bagi menghasilkan novel Islami semestinya kita harus memperlihatkan budi pekerti watak utama dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

27 Okt 2013

Demi Masa

0 comments

Penulis: Abu Hassan Morad
Penerbit: Galeri Ilmu
Rating Kulit Buku: 3.8/5
Halaman: 192

Buku ini menyuntik semangat bagi bangsa Melayu untuk menongkah arus pembangunan yang makin mencabar dari segi jati diri dan budaya.Dalam menghadapi cabaran globalisasi penulis telah menitipkan nilai-nilai keagamaan untuk mengekang budaya yang menyerang pemikiran bangsa kia. Pengalaman penulis yang luas telah diluahkan ke dalam buku ini yang menerangkan situasi yang sebenar berlaku di negara-negara Asia. Setiap pengamatan membongkar teori yang menarik untuk mengelak anak-anak muda daripada dipengaruhi oleh arus globalisasi. Kesan globalisasi ini boleh melahirkan ramai "anak-anak dajal" yang akhlaknya amat buruk.Buku ini cuba menyampaikan bahawa mengawal penyakit yang merebak di kalangan anak bangsa lebih baik  daripada mengubati. Dengan mengembalikan mereka kepada asas iaitu pendidikan Islam untuk memastikan hala tuju  kehidupan benar-benar cemerlang.


25 Jul 2013

Di Simpang Jalan versi ebook

0 comments


Pengarang: A. Samad Said
 Penerbit: PTS Publications
Rating Kulit Buku:4.2/5

Buku ini mengisahkan tentang seorang budak yang menjadi inspirasi untuk orang kampung terutamanya ustaz dalam memartabatkan usaha mendidik anak kariah melalui madrasah.Jamri yang sering mengigau dalam tidur itu sentiasa mengimpikan untuk belajar di madrasah berdekatan dengan rumahnya.Namun begitu, usianya yang masih muda tidak melayakkan dia untuk belajar di situ. Atas sebab itu dia hanya membuka 'madrasah' sendiri di bawah kolong rumah bersama dengan beberapa orang rakan-rakan yang lain. Ibunya, Saonah sentiasa melihat Jamri seorang yang berpotensi untuk menjadi anak yang rajin belajar.Ustaz Bukhori yang ditakuti oleh Jamri pada awalnya bertukar seorang guru yang memberi harapan untuk Jamri terus mengendalikan 'madrasah' milik di rumah. Pada peringkat permulaan Jamri hanya mampu berlegar-legar di madrasah Haji Zawawi. Setelah keinginan untuk belajar  memuncak barulah Jamri memberanikan diri untuk pergi menjenguk ke madrasah tersebut.Berita tentang kedatangan Jepun ke Malaysia amat membimbangkan tentang orang kampung, maka madrasah itu hampir ditutup disebabkan Haji Zawawi perlu berkhidmat untuk negara. 

19 Jul 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita

0 comments

Pengarang Ustaz Kazim Elias
 Penerbit : Karya Bestari Sdn. Bhd.
Rating kulit buku: 3.0/5
Halaman: 341

Bagi yang selalu mengikuti Ustaz Kazim di astro Oasis 106 mereka lebih arif tentang bidang kepakaran yang dimiliki oleh beliau. Beliau menerbitkan buku ini agar kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur. Buku ini ada menceritakan serba sedikit tentang kisah hidup Ustaz Kazim dalam menempuh onak duri apabila bergelar seorang pendakwah. Ujian bagi orang dekat dengan ALLAH itu lebih mencabar dari orang umum kerana para pendakwah lebih mendekati orang ramai dan perselisihan antara masyarakat tentang sesuatu perkara sering berlaku. Seringkali kita menyalahkan Ilahi tentang ujian menyapa tanpa mengambil iktibar daripadanya. Buku ini sesuai untuk suami isteri yang menghadapi masalah rumahtangga kerana ia membicarakan ujian yang bagaimana selalu diharungi oleh pasangan suami isteri. Di dalamnya terdapat juga kisah-kisah benar yang dilalui oleh mereka yang dizalimi buat renungan bersama. Bagi menangani masalah sosial yang dihadapi oleh ibubapa Ustaz Kazim menyelitkan kisah teladan agar mampu menghasilkan anak-anak yang mendengar cakap. Buku ini menghidangkan tip-tips yang berguna untuk kita bagi meredakan kemarahan.

18 Jul 2013

Tuhan, Aku Kembali versi E-book

0 comments

Penulis: Sham Kamikaze
                       Ainuddin Kamaruddin
Penerbit: PTS Publications
Halaman:
Rating Kulit Buku: 4.1/5
Buku ini membicarakan tentang penghijrahan Sham Kamikaze dari pemain muzik kepada pendakwah.Anak sulung daripada empat adik beradik Shamril Mohd Salleh atau lebih dikenali Sham Kamikaze mula berhijrah ke jalan kebenaran setelah kawan baiknya,Ari mula memberi peringatan tentang Islam. Beliau mendapat petunjuk untuk berubah setelah bersalaman dengan Imam Masjidil Haram iaitu Imam As -Sudais pada waktu aktiviti 'Le Tour de Masjid' bersama Ari dilakukan. Walaupun perubahan beliau amat memerlukan pergorbanan masa dan tenaga itu tidak menjadikan beliau berputus asa untuk mengajak muda mudi untuk belajar agama melalai pendekatan beliau menggunakan gitar. Sham Kamikaze tidak keseorangan dalam menyampaikan dakwah kerana ustaz -ustaz dan pemngikutnya sentisa memberi sokongan. Dengan pengikut hampir 350,000 di Facebook beliau meneruskan usaha tanpa rasa jemu dengan menghantar pesanan ringkas tentang hadith-hadith,waktu solat,soal jawab dan lain-lain.Ilmu-ilmu agama yang beliau perolehi adalah hasil usaha keras beliau membeli dan membaca buku serta menuntut dengan Ustaz Dr. Asri di Institut Al-Qayyim,Bukit Mertajam.Dengan buku ini beliau menceritakan perubahan beliau yang meninggalkan solat dan puasa kepada seorang yang lebih qanaah dan alim. Karier dakwah beliau meningkat setelah mendapat tawaran TV Al -Hijrah untuk mengendalikan rancangan yang yang berkonsepkan "Gua Rock Gua Beriman". Sham Kamikaze melakukan bengkel gitar secara percuma untuk mereka yang ingin belajar gitar dengan beliau. Peristiwa yang berlaku ketika mgendalikan bengkel itu amat memberi kesan kepada ramai pembaca saya rasa.Sambutan yang menggalakkan dari ramai orang muda selalu menaikkan semangat beliau utunuk terus berusaha dalam melebarkan dakwah yang suci ini.

5 Jul 2013

Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah

1 comments
                                                                                    

                                                     Pengarang: Muslim Kelana
                                                        Penerbit: PTS Milenia               
                                                        Rating Kulit Buku:4.0/5                                                                                                                      Mukasurat: 134

              
Penulis berjaya menonjolkan Nabi Muhammad S.A.W Sebagai contoh ikutan yang terbaik bagi bidang perniagaan.Peribadi baginda sebagai pedagang amat disanjung oleh pelanggan dan pesaing sehingga mendapat gelaran Al-amin.Kehebatan baginda berniaga menyebabkan ramai yang jatuh cinta termasuklah Khadijah.Penulis menyingkap tauladan dan sikap yang mampu kita contohi melalui perniagaan yang dijalankan selama dua dekad.
Nabi Muhammad s.a.w sentiasa bersikap amanah dan jujur serta bersikap komunikatif dengan bercakap terus terang (qaulan sadidan). Tahap keusahawanan amat menonjol untuk kita ikuti terutama dari segi kemahiran pembiayaan. Kredibiliti Nabi Muhammad s.a.w dalam berniaga dengan mengelak riba yang dimonopoli oleh Yahudi. Bagi umat Nabi Muhammad s.a.w kita perlu mempunyai sifat zuhud mudah-mudahan kita tidak tertarik kepada tawaran kedudukan yang tinggi serta hanyut dengan wang yangmelimpah ruah.

17 Jun 2013

Cerita dari Syurga

0 comments


Penulis: Zamri Mohamad
      Yusry Yusopp
         Haeqal Zulqarnain
Penerbit: PTS Professional
Halaman:111
 Rating Kulit Buku: 3.5/5

Isi kandungan buku ini merperlihatkan kepada kita tentang 30 cerita yang mantap lagi berfalsafah. Bagi diri saya yang kurang tentang agama amat memerlukan buku sebegini agar dapat memapankan lagi pendirian dan kepercayaan saya kepada Allah S.W.T. Mungkin bagi sesetengah orang berpendapat bunyinya amat mengaibkan namun bagi saya jika kita tidak mengetahui sesuatu ilmu lebih baik kita mengaku. Buku ini mampu menaikkan karakter seseorang muslim itu ke tahap yang lebih tinggi dan meyakinkan.Cerita tentang teh untuk membina pengaruh. Cerita tentang abang bisu dengan kuasa komunikasinya.Cerita tiga mengenai kasih sayang ayah tidak dapat ditandingi oleh anaknya.Cerita empat tentang Adam dengan ayahnya.Cerita lima tentang sebuah kisah benar yang indah. Cerita enam memaparkan cara kasih sayang seorang ayah kepada tiga orang anak-anaknya.Cerita tujuh tentang kasih sayang dan cinta sepasang pasangan yang lanjut usia.Cerita kelapan mengenai zuhud bisnes yang mampu mengubah persepsi para pekerja yang  bersungguh-sungguh menjaga amanah kerana mereka di bawah radar Allah. Cerita kesembilan tentang bagaimana ingin mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat(2:201) melalui tujuh tanda seperti mendapat kejiranan yang baik serta keberkatan umur. Cerita kesepuluh tentang kita menilai ikhlas seseorang melalui perbuatan seperti bersedekah,menulis serta menutup aurat. Cerita ke-sebelas kisah tentang Hawa di perantauan melalui senyuman yang mampu melegakan tekanan dan mampu membawa bersamanya perkataan hikmah dah bijaksana.

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging