19 Jul 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita


Pengarang Ustaz Kazim Elias
 Penerbit : Karya Bestari Sdn. Bhd.
Rating kulit buku: 3.0/5
Halaman: 341

Bagi yang selalu mengikuti Ustaz Kazim di astro Oasis 106 mereka lebih arif tentang bidang kepakaran yang dimiliki oleh beliau. Beliau menerbitkan buku ini agar kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur. Buku ini ada menceritakan serba sedikit tentang kisah hidup Ustaz Kazim dalam menempuh onak duri apabila bergelar seorang pendakwah. Ujian bagi orang dekat dengan ALLAH itu lebih mencabar dari orang umum kerana para pendakwah lebih mendekati orang ramai dan perselisihan antara masyarakat tentang sesuatu perkara sering berlaku. Seringkali kita menyalahkan Ilahi tentang ujian menyapa tanpa mengambil iktibar daripadanya. Buku ini sesuai untuk suami isteri yang menghadapi masalah rumahtangga kerana ia membicarakan ujian yang bagaimana selalu diharungi oleh pasangan suami isteri. Di dalamnya terdapat juga kisah-kisah benar yang dilalui oleh mereka yang dizalimi buat renungan bersama. Bagi menangani masalah sosial yang dihadapi oleh ibubapa Ustaz Kazim menyelitkan kisah teladan agar mampu menghasilkan anak-anak yang mendengar cakap. Buku ini menghidangkan tip-tips yang berguna untuk kita bagi meredakan kemarahan.
Bermula pada bab yang ke-30 Ustaz Kazim cuba merungkaikan permasalahan cinta yang sering kita campuradukkan dengan perasaan dan syahwat. Dengan mengenali cinta kita, mampu mengharungi situasi yang dihadapi oleh para pelajar universiti yang tercari-cari penyelesaian bagi mengelak penzinaan.Beliau tidak lokek ilmu untuk menerangkan akhlak yang bagaimana yang perlu kita tonjolkan untuk menghadapi ujian Allah kerana akhlak adalah cerminan iman.Ustaz Kazim menerangkan dengan melaksanakan nikah khitbah(nikah gantung menurut bahasa Melayu) bagi mengelakkan maksiat yang bakal berlaku ketika anak - anak muda ini berdiskusi berdua-duaan. Masyarakat masih baru dengan konsep nikah seperti ini namun stigma seperti ini dapat dihapuskan dengan terbitnya buku seperti ini.Dengan pengalaman beliau dalam menguruskan Pusat Pendidikan Al-Barakah ia akan memudahkan beliau mengetahui hati budi remaja dan orang dewasa.

0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging