19 Apr 2012

Memoir Anak Setinggan


Genre: Fiksyen
Rating Kulit buku: 4.5
Pengarang:M.S Anuar Mahmood
Penerbit: PTS Fortuna Sdn. Bhd.
Halaman:193

Kisah sebenar anak setinggan bernama Nuar serta teman baiknya Mamat dan Bain mampu mengembalikan nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak pembaca. Kampung Bumiputera seakan menjadi tanah tumpah meraka sendiri dalam meneruskan kehidupan yang serba serbi memerlukan duit. Nuar menceritakan kehidupan setinggan yang sentiasa penuh dengan onak dan duri dari perspektif seorang remaja yang agak nakal tapi cerdas. Walaupun dalam kesempitan hidup, Nuar masih memenuhi hidupnya dengan aktiviti yang mencabar seperti menyabung ayam,melaga ikan, menyimpan labah-labah dalam kotak mancis,polis sentri,galah panjang,konda-kondi, bermain basikal BMX dan lain-lain. 


    Nuar telah diterapkan dengan nilai-nilai murni melalui ayah,ibu dan atuk walaupun di dalam kesusahan dan kepayahan. Masyarakat dapat melihat dari sudut realiti bagaimana mereka ini dipandang hina dan daif. Teori Surah Yusuf iaitu mempunyai banyak watak diterapkan dengan baik sekali dalam buku ini. Peristiwa-peristiwa yang dilalui Nuar bersama rakan-rakannya dalam kehidupan harian mereka menunjukkan bahawa anak setinggan sentiasa melalui hari-hari malang dengan cekal dan tabah. Ketabahan mereka sering diuji dari pelbagai bentuk seperti wang,tenaga dan perasaan. Walaupun begitu sebagai anak muda yang bersemangat tinggi Nuar sentiasa melihat dari sudut positif agar dia dapat menaikkan nama keluarganya suatu hari nanti. Buku ini cuba menggambarkan kesusahan seseorang itu menyebabkan  masyarakat tidak menghormati walaupun sebenarnya dia warak,baik dan berilmu tinggi. Kehilangan atuk memang memberi perasaan yang bercampur baur bagi Nuar kerana atuk di satu sudut memberi pengajaran tetapi di satu sudut lain beliau seorang yang berhati mulia.
    

    Kulit buku ini amatlah cantik kerana warna yang dipilih amat bersesuaian dengan tajuk buku yang berkisarkan zaman kanak-kanak. Simbol selipar dan bola yang lusuh amat mencerminkan zaman budak-budak yang penuh dengan kenakalan. Kulit buku itu berjaya memaparkan keseronokan dan keindahan walaupun mereka masih terkial-kial dengan kehidupan harian. Keseronokan itu dapat dilihat melalui dua orang kanak-kanak melompat riang sambil tangan terbuka luas. Tulisan "Memoir Anak Setinggan" yang timbul sentiasa menjadikan buku itu lebih mahal dan berkualiti. Kulit buku ini hanya menerangkan keseronokan menjadi anak setinggan namun tidak pat menerangkan intipati yang sebenar iaitu perasaan menjadi anak setinggan.


0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging