31 Agu 2012

Rahsia Ajaib Untuk Berjaya

Genre: Bisnes & Pengurusan
Rating Kulit Buku:3.6
Pengarang: Razzi Armansur
Penerbit: PTS Profesional
Halaman:160

Rahsia Ajaib Untuk Berjaya memuatkan dua perkara dalam satu elemen iaitu bercerita dan motivasi. Ramli sebagai watak utama cuba untuk mencari "rahsia ajaib" di kampung halamannya di Kampung Sungai Lang. Berlatarbelakang kehidupan orang Jawa, Ramli cuba berubah hidupnya yang serba serbi kekurangan dari segi kewangan terutamanya. Pada awalnya Ramli terkejut dengan perubahan kampung yang ditinggalkannya 15 tahun lalu kerana banyak sekali peningkatan berlaku. Melihat kejayaan yang berlaku kepada teman sepermainan yang sudah mempunyai restoran dan kebun kelapa sawit sendiri. 


Buku ini menerapkan konsep untuk fokus dalam kekurangan dan kelebihan sesorang dalam memburu kejayaan. Seringkali kita meletakkan fokus pada kelemahan diri melebihi kekuatan diri yang akan memberi impak yang kepada kejayaan seseorang.  Tuan Razzi Armansur cuba menyampaikan kesan menterbalikkan pandangan kita kepada sesuatu demi bergerak ke arah yang lebih baik. 

Kulit buku ini memaparkan sedikit sebanyak tentang psikologi orang yang sentiasa kurang motivasi untuk berusaha kepada yang lebih baik. Kejayaan lebih indah dan bermakna jika dikongsi bersama orang tersayang.Tulisan ajaib berwarna merah mencerminkan kekuatan buku ini iaitu sesorang mampu mengeluarkan potensi yang lebih setelah membaca buku ini. Tulisan yang senget ini amat bersesuaian dengan tema rahsia untuk berjaya. Model lelaki yang  mendongak ke langit sentiasa menunjukkan kita mempunyai harapan selagi kita mampu mengorek rahsia yang terdapat di dalam diri kita sendiri.

0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging