25 Jul 2013

Di Simpang Jalan versi ebook



Pengarang: A. Samad Said
 Penerbit: PTS Publications
Rating Kulit Buku:4.2/5

Buku ini mengisahkan tentang seorang budak yang menjadi inspirasi untuk orang kampung terutamanya ustaz dalam memartabatkan usaha mendidik anak kariah melalui madrasah.Jamri yang sering mengigau dalam tidur itu sentiasa mengimpikan untuk belajar di madrasah berdekatan dengan rumahnya.Namun begitu, usianya yang masih muda tidak melayakkan dia untuk belajar di situ. Atas sebab itu dia hanya membuka 'madrasah' sendiri di bawah kolong rumah bersama dengan beberapa orang rakan-rakan yang lain. Ibunya, Saonah sentiasa melihat Jamri seorang yang berpotensi untuk menjadi anak yang rajin belajar.Ustaz Bukhori yang ditakuti oleh Jamri pada awalnya bertukar seorang guru yang memberi harapan untuk Jamri terus mengendalikan 'madrasah' milik di rumah. Pada peringkat permulaan Jamri hanya mampu berlegar-legar di madrasah Haji Zawawi. Setelah keinginan untuk belajar  memuncak barulah Jamri memberanikan diri untuk pergi menjenguk ke madrasah tersebut.Berita tentang kedatangan Jepun ke Malaysia amat membimbangkan tentang orang kampung, maka madrasah itu hampir ditutup disebabkan Haji Zawawi perlu berkhidmat untuk negara. 

Ramai orang kampung yang sudah mula tidak percaya dengan berita kedatangan Jepun kerana kedudukan kampung mereka jauh ke dalam.Kemungkinan mereka tidak berjumpa amat kecil. Setiap watak di dalam buku ini amat menarik kerana setiap karakter amat menggelikan hati. Watak-watak tetap jelas kelucuannya walaupun Jepun telah menyerang kampung mereka. Walaupun bunyi mesingan dan meriam mereka dalam keceriaan melarikan diri kerana percaya qada' dan qadar Allah tetap berlaku.Pada hujung buku ini  mamaparkan keindahan apabila orang berilmu meraikan orang muda yang bersemangat tentang menyampaikan imu Islam.Ajakan orang berimu kepada kebaikan amat dilihat jelas melalui perbuatan memimpin Jamri sambil memuji kehebatan Jamri dalam mengendalikan 'madrasah'nya.

0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging