5 Apr 2013

Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual

Genre:Motivasi Fiksyen
Rating Kulit Buku:3.3
Pengarang : Ainon Mohd. & Abdullah Hassan
Penerbit: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Halaman:276
 Seni bercakap-cakap berfungsi sebagai suatu aktiviti yang amat bernilai bagi manusia dalam memenuhi keperluan rohani dan jasmani. Berkomunikasi dengan baik mampu meningkatkan hubungan sesama insan. Penulis cuba merungkaikan seni yang bagaimana yang perlu bagi seseorang yang waras untuk berbual-bual dengan makhluk Allah yang lain. Kekuatan buku terletak pada topik bahasa tubuh yang seseorang. Saya tertarik dengan seorang yang buta pun mampu menjual produk. Terdetik di hati saya akan wajah orang yang membeli pada orang buta itu dengan ikhlas atau kasihan. Pemahaman tentang bahasa tubuh mampu mencerminkan karakter diri kita. Diri kita sendiri tahu akan wajah seseorang mampu memancarkan bahasa tubuh yang paling bermakna. Tetapi bagaimana persepsi Islam mengenai perkara ini. Bagaimana seseorang yang paling mulia melihat makhluk yang paling hina ? Kita sering melihat gerak geri orang lain tanpa memikirkan apa yang fikirkan tentang kita sebenarnya.

Buku ini mempunyai nilai-nilai yang membolehkan kita lebih mendengar persoalan niat kita berbual-berbual dan bercakap-cakap. Kita sebagai majikan ataupun pekerja sentiasa di belenggu untuk memilih perkataan yang sesuai bagi menampakkan suasana yang positif di pejabat. Namun bagi saya buku ini lebih berat ke arah cara perbualan antara insan yang paling kita sayang. Penulis mempunyai cara tersendiri untuk memilih perkataan yang sesuai bagi memudahkan kita daripada hanya duduk diam mendengar terus kepada seorang yang mampu berbual-bual tanpa melihat pangkat dan keturunan.Kulit buku PTS seperti biasa amat menarik dan reka letak amat teliti.


0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging