Genre: Fiksyen
Rating Kulit Buku:4.4
Pengarang: Herniwatty Moechiam
Penerbit:PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Halaman:237
Catra Wim yang menghidap penyakit autisme tidak pernah mengetahui keadaan ibunya yang menghadapai kesusahan dan keperitan untuk membesarkan anak yang sedemikian rupa.Catra mempunyai kakak dan abang yang tidak mengetahui sindrom itu sehinggalah mereka remaja. Ibu mereka cuba untuk membesarkan Catra seperti anak-anak normal namun bukan tanpa tekanan dari pelbagai sudut. Ibunya cuba untuk mempertahankan rumah tangga disamping mengurangkan trauma yang dihadapi oleh anak-anaknya.
Saya mempunyai alasan untuk memberi rating yang tinggi kepada kualiti kulit buku kerana ada serba sedikit mencerminkan watak utama memegang biola yang mengidap sindrom. Ia melambangkan seorang yang berjaya dalam bidang muzik walaupun mengidap autisme. Gabungan tulisan dan gambar anak dan ibu di sawah bendang amat menyentuh sanubari pembaca. Kulit belakang menjadi penyambung seni yang sarat dengan warna-warna kemanusian. Tahniah saya ucapkan kepada Tuan Shahroll Izra' kerana menyampaikan serba sedikit kisah tersirat melalui gambar kulit buku.
Tidak banyak dialog yang berkumandang dalam proses si ibu menangani masalah mencari sekolah untuk Catra. Suaminya pernah insaf seketika dengan kuasa Allah namun amat jauh dari baik. Kemuncak bagi permasalahan si ibu ini apabila ingin memasukkan si anak ke sekolah menengah dan universiti. Ada suatu ketika Catra seperti merasakan dia tidak mengakui dia menghidap sindrom autisme kerana berada di kalangan murid-murid yang sihat. Dengan tawaran tiga universiti di sekitar Indonesia amat membanggakan si ibu dan Wim kerana tidak terbayang di fikiran mereka Catra akan masuk universiti terkemuka di Indonesia kerana melepasi markah untuk sekolah pun sudah luar jangkaan. Saya membayangkan Wim adalah dari kelas pertengahan yang cuba untuk menerima kenyataan anaknya cacat namun anggapan saya silap.
Buku ini penuh dengan doa yang di'monolog' oleh si ibu yang juga seorang mualaf. Proses menjaga Catra menjadi terapi untuk si ibu berinteraksi dengan Tuhan Semesta Alam (Allah) dengan tawadduk dan istiqamah. Buku ini menerbitkan tentang psikologi Catra apabila berhadapan dengan situasi yangmendebarkan yang memerlukan dia berfikir secara mandiri bukan menharapkan pertolongan ibunya sahaja.

0 comments:
Posting Komentar