2 Apr 2012

Memulakan Bisnes Sendiri

Genre: Bisnes dan Pengurusan
Rating Kulit Buku: 3.7
Pengarang: Ainon Mohd
Penerbit: PTS Profesional Sdn. Bhd. 
Halaman: 220

Bagi setiap individu Muslim yang waras selalunya mengidamkan menjadi usahawan yang berjaya sama seperti baginda Rasullah S.A.W.Buku ini kadangkala menyangkal bukan semua individu mampu menjadi usahawan berjaya jika formula yang disarankan tidak dijayakan dengan betul. Pengarang cuba membuktikan bahawa bakat sahaja tidak cukup untuk menjadi usahawan kerana usahawan itu tidak tahu selok-belok pernigaan yang sebenarnya. Banyak perkara yang ditonjolkan dengan mengutarakan kisah inspirasi dan teladan bagi memudahkan pembaca mendapat keseluruhan idea serta risiko yang akan dihadapi.

    Mungkin anda mempunyai persoalan mengenai kebenaran mengenai cerita yang ada di dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri benar atau tidak kerana saya juga ada berpendapat begitu pada awalnya. Namun begitu melalui pengalaman beliau banyak perkara yang sebegini berulangkali terjadi bagi meniti tangga ke puncak kejayaan.Saya merasakan ada pihak yang tidak menyetujui dengan tip dan formula yang dibongkarkan oleh pengarang buku ini dalam mengetahui apa itu persaingan yang sihat. Sumber ilmu Puan Ainon mungkin melalui proses jual beli yang dilakukan hampir saban hari di syarikat beliau sendiri.Syarikat penerbitannya dapat menunjukkan contoh yang terdekat bahawa untuk menjadi usahawan ada perlukan ketekunan disamping bakat. Rangkuman buku ini telah menyebabkan saya masih menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang usahawan suatu hari nanti. Cerita-cerita yang terkandung di dalam bab-bab itu amat memberi kesan kepada saya secara peribadi. Pokok pangkalnya buku ini memperjelaskan kepada anda makna kepercayaan dalam perniagaan, adakah anda percaya kepada pasangan hidup,rakan kongsi atau anak-pinak.


    Melihat kulit buku mengingatkan sahaja pada buku Belajar Berfikir yang amat ringkas dari segi nilai estika. Kulit buku ini sesuai untuk penuntut universiti kerana buku ini memiliki font yang serupa dengan buku teks sekolah menengah. Mujurlah warna merah yang digunakan amat berbaloi digunakan untuk menonjolkan tulisan.


0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging