Pengarang: Fathuri Salehuddin
Halaman: 184
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd
Rating Kulit Buku: 4.3/5
Rezeki sentiasa releven bagi kita kerana ia berkait rapat dengan orang Islam dan bukan Islam. Banyak pendapat-pendapat yang dilontarkan untuk mengupas bagaimana rezeki yang halal dan haram.Topik perkaitan antara usaha dan rezeki amat menarik untuk direnung bagi mendapat redha Allah.Ayat yang penuh makna ialah bagaimana kita bimbang akan rezeki kita dikurangkan walaupun usaha telah dilakukan.Bab kelima menerangkan tentang harta,harta berkait dengan sedekah. Buku ini menekankan menabung dengan berhemah suatu cabang rezeki kerana terdapat kita merasa cukup dengan apa yang ada.Apakah jawapan bagi persoalan untuk orang yang sentiasa berdoa dan kuat berusaha masih gagal meningkatkan rezeki? Penulis mampu menulis dengan mantap tentang hubungkait iman dengan rezeki kerana rezeki itu ujian secara terus dari Maha Bijaksana. Hati saya tertarik dengan perumpamaan orang beriman dengan ikan.



0 comments:
Posting Komentar