Genre: Bisnes & Pengurusan
Rating Kulit Buku: 3.6
Pengarang:Azahar Abdul Rahman
Penerbit: PTS Professional
Halaman:146
Bisnes tetap bisnes. Mungkin itu slogan yang ingin disampaikan melalui buku Buat Duit Dengan Affiliate melihat kepada kepelbagaian idea yang dilontarkan untuk menjadi jurujual internet. Dengan menjadi jurual banyak kebaikan yang ditonjolkan oleh buku ini. Kebaikan yang amat mengujakan ialah "si affiliate" boleh tidur lena dan tidak perlu menghiraukan tentang stok dan penghantaran. Bagi yang ingin bergelar Super Affiliate buku ini menerangkan dengan terperinci bagi memudahkan trafik masuk ke laman web anda. Trafik adalah nadi bagi menjadi Super Affiliate. Teknik-teknik yang berkesan dituliskan di dalam buku ini bagi pembaca lebih mempercayai seperti GoogleAdWords, Clickbank dan lain-lain. Bagi menjadi super affliate anda tidak boleh lari daripada menggunakan Clickbank bagi mendapat jualan produk digital yang memberansangkan. Walaupun tajuk Clickbank agak susah dan janggal namun ia memberi pulangan lumayan bagi yang berusaha dengan yakin. Tajuk ini perlu diteruskan pembacaannya kerana penerangannya agak ringkas. Saya cadangkan dengan pembelian ebook di bawak tajuk ini.
Perkara yang paling menarik adalah bagaimana pengarang memuatkan strategi-strategi bisnes yang sangat berguna bagi affliate amatur iaitu pada bab 8,11 dan 13. Bagi strategi ini amat baik untuk dimulakan oleh para affiliate kerana ia dapat meningkatkan penjualan produk affliate. Ini termasuklah strategi pemasangan banner dan link bagi menggalakkan para pelanggan terus datang kembali ke laman web kita untuk mengetahui tentang produk internet. Buku ini merangkumi 14 bab yang amat memberi potensi kepada bentuk bisnes internet samada secara manual ataupun automatik. Bentuk bisnes yang ditawarkan oleh program affilate amat berkait rapat dengan bagaimana cara kita promosikan produk atau banner yang digunakan.
Kulit buku yang direka amat santai dengan menunjukkan apa yang penting bagi sesuatu program affilate iaitu komikasi. Melihat kepada rangkaian 6 simbol manusia di tengah-tengah buku amat menitik beratkan hubungan antara joint venture dan pelanggan. Bagi bisnes affiliate rangkaian adalah segala-galanya dan kulit buku ini berjaya memaparkannya.

0 comments:
Posting Komentar