1 Apr 2012

Buat Duit Dengan Blog

Genre:Bisnes & Pengurusan
Rating Kulit Buku:3.7
Pengarang: Yazid Yahya
Penerbit:PTS Profesional Sdn.Bhd.
Halaman :141
Kulit buku yang sederhana kerana  font yang digunakan amat mudah dan senang dinilai. namun begitu perkataan "BLOG" amat menarik perhatian bagi mana-mana pembeli internet. Tuan Yazid sepatutnya berbangga dengan  buku pertama beliau yang mempunyai mutu yang baik sekali dari kandungan ilmiah yang terdapat dalam Buat Duit Dengan Blog ini.

    Pelbagai teknik-teknik dirangkumkan dalam empat bahagian iaitu apa itu blog, cara membina blog,sumber pendapatan blog dan kisah inspirasi blog. Pembaca dapat memahami dengan mudah semua topik yang bermain di minda apabila selesai membaca Buat Duit dengan Blog ini. Namun begitu buku ini hanya sebagai asas bagi memajukan diri kita untuk mencari punca pendapatan sambilan sahaja. Bagi pembaca yang memerlukan buku yang lebih kemasikini perlulah menyertai bengkel beliau atau membeli buku yang lebih tebal dan mahal harganya.

    Bagi saya secara peribadi amat tertarik dengan bahagian kedua buku ini kerana disini paling banyak informasi dan gambarajah untuk memantapkan lagi pemahaman dunia blogging terutamanya tajuk 'trafik'. Tajuk ini memainkan peranan sangat penting turun naik blog itu kerana ia melibatkan penjualan produk dan kredibiliti blog. Tajuk pengiklanan amat menarik untuk diperhatikan kerana tidak ramai yang mampu menembusi iklan Google Adsense setakat ini.

0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging