8 Apr 2012

For One More Day

Genre : Fiksyen
Rating Kulit Buku: 4.1
Pengarang:Mitch Albom
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Halaman:248

"Anak tidak sepatutnya dipaksa memilih", kata Pauline kepada Chick Benetto.

    For One More Day mengisahkan seorang pemain besbol separa terkenal yang mempunyai peluang untuk mengikuti pengembaraan Posey selama sehari bagi mencari erti kasih sayang serta kisah sebenar kehidupan keluarga Benetto. Ini bermula dengan malam penuh tekanan bagi Chick Benetto yang cuba membunuh diri namun tiba-tiba dikejutkan dengan roh ibunya Paulline atau Posey yang merupakan janda beranak dua. Sejak kisah perceraian kedua ibubapa mereka Chick dan adik perempuannya,dia sentiasa tidak berpuas hati dengan bapanya Leonardo. Sifat Chick Benetto yang egois lagi opportunis amat merungsingkan teman sehidupnya Cathrine sehingga dia pun mengikut langkahnya bapanya iaitu bercerai.

    Nama samaran yang diberi oleh Cik Thelma wanita berkulit hitam melekat sehingga ke perlawanan besbal masih ada orang memanggil dengan gelaran itu. Bagi mengharungi hari-hari tanpa suami, Pauline menjadi tukang cuci rumah dan memekap orang 'sebelum' mati. Bunyi yang agak psikik bagi orang yang kurang mempercayai bagi cerita-cerita roh ini. Namun begitu For One More Day menampilkan dengan ringkas tentang dunia roh apabila kita jalinkan dengan insan tersayang ia mampu menghasilkan sebaliknya.

    Permulaan buku ini agak mendatar sebenrnya kerana watak Chick yang minat besbol disimpan pada pertengahan buku. Buku yang ada sedikit putar belit tentang susur galur keluarga Benetto amat mengujakan. Walaupun bagaimanapun peminat besbol akan lebih menghayati watak yang dibawa oleh watak utama kerana istilah-istilah yang dipakai amat mempengaruhi sifat-sifat atlet yang tulen. Chick tidak meletak harapan untuk keluargannya kembali seperti biasa.

    Keseluruhannya, Wan Nazwani berjaya menghasilkan sebuah kulit buku yang amat berkualiti kerana kesinambungan warna dan mood roh itu sampai kepada pembaca. Dengan tulisan serta objek yang timbul di belakang dan hadapan buku amat menawan hati. Gambar Rumah sebuah di tengah-tengah buku melambangkan kisah kepincangan keluarga di Amerika Syarikat.

0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging