Rating Kulit Buku: 3.9
Pengarang:Bahruddin Bakri
Penerbit: PTS One Sdn. Bhd.
Halaman: 155
Adakah sama Mat Rempit dengan Mat Despatch? Apa yang sama adalah pengangkutan yang digunakan iaitu motosikal.
Watak utama Idlan Rayyan mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penyunting sambilan supaya tidak sia-sia apa yang dipelajarinya di universiti. Pemulaan Diari Mat Despatch amat menarik dan menyeronokkan untuk diamati. Setiap perkataan dipilih dengan cermat agar pembaca tidak cepat bosan dengan watak utama. Bahasa Melayu Tinggi yang digunakan masih mampu meninggalkan kesan komedi dan ada nilai kegamaan. Kesan komedi di sini adalah bagaimana Idlan yang mempunyai ego yang tinggi terhadap perempuan yang dikenalinya. Sifat Idlan yang sedikit warak telah mewarnai wataknya iaitu supaya sentiasa malu dengan perempuan sepertimana anak muda-mudi yang ber'ijazah' di luar sana. Ini disebabkan Idlan memandang tinggi kepada perempuan walau dia seorang yang gemuk sekalipun.
Idlan seorang yang jenis banyak berfikir tentang masalah kewangan dan juga kehidupan seringkali terserempak dengan wanita-wanita yang cuba untuk menjadikan kekasihnya.
Ini bermula dengan Melissa kemudian anak kontraktor Zatul sebelah rumah,dan kemudian sekali Wan Syamila. Idlan cuba untuk menilai sikap dan perasaan beliau terhadap ketiga-tiga wanita ini. Apabila masalah melanda Idlan akan sentiasa menanyakan soalan kepada watak-watak pembantu yang melalui proses pemikiran kritikal.
Semua ini kembali kepada soalan pokok yang bermain di minda Idlan iaitu " Apa yang lelaki mahu daripada seorang perempuan". Dia cuba kaitkan kisah kehidupan dengan rakan-rakan serumahnya mengenai perempuan dan apa yang mereka faham tentang makhluk Allah yang bernama perempuan.
Buku Laporan Sains milik Idlan memang menarik untuk dinilai disebabkan idea ini tidak terlintas di minda saya terutama warna coklat yang kelusuhan. Yang menarik lagi sifat Idlan yang seperti budak tidak tahu melukis dapat dikait dengan cerita di dalam buku Diari Mat Despatch ini. Muka hadapan menunjukkan Idlan ini seorang yang jahat dan tidak berprinsip kerana hanya menggunakan buku laporan sains untuk menulis diari. Namun kontra untuk bahagian belakang buku Idlan meletakkan supaya buku ini jangan dibaca oleh sesiapapun yang menunjukkan bahawa dia seorang jenis suka berahsia dan takut orang lain tahu tentang isi hatinya. Kartun orang yang memegang helmet meletakkan Idlan sebagai orang yang putus harapan dengan hidup amat bersesuaian dengan "diari" ini.

0 comments:
Posting Komentar