31 Mar 2012

Setengah Berisi,Setengah Kosong

 
Genre:Motivasi
Rating Kulit Buku: 4.0 
Pengarang: Parlindungan Marpaung
Penerbit: PTS Milenia Sdn. Bhd.

Berfikir positif.

    Bagi sesetengah orang buku motivasi hanya cantik di luar kosong didalam namun bagi buku ini tajuk 'Setengah Berisi,Setengah Kosong' menonjolkan buku motivasi amat menusuk minda dan hati. Kisah-kisah teladan yang terdapat dalam buku ini amat berguna bagi semua jawatan profesional terutama sektor swasta. Saya membayangkan kisah-kisah ini benar belaka teutama bagaimana masyarakat Jepun menyelesaikan masalah jerung yang mati.

    Bagi pengurus-pengurus yang mempunyai pekerja yang bermasalah, buku ini amat bersesuaian bagi menghadapi mereka di bawah bahagian tingkah laku. Tajuk-tajuk yang diutarakan amat menarik saya untuk terus membaca hingga ke akhir buku. Kupasan demi kupasan untuk mengurangkan risiko pekerja menjadi stress di tempat kerja.

   

Kulit buku amat menarik namun boleh diperbaiki dengan menambah satu lagi warna bukan hanya mengharap hijau sahaja. Walau warna hijau warna syurga namun ia tidak lain memberi kurang daya tarikan untuk pembeli membelek buku ini. Buku ini pernah disarankan oleh saifulislam.com untuk dibaca bagi meningkatkan daya mental seseorang individu itu. Buku ini mempunyai 63 bab dan 5 bahagian besar untuk kita amati untuk menjadi orang yang lebih optimistik dan bukan hanya berfikir yang bukan-bukan. Tuan Parlindungan mampu memberi impak kepada pembaca tentang kepentingan berfikir positif bagi meningkatkan kerja berkumpulan seterusnya memberikan hasil yang terbaik. Kisah-kisah teladan yang dipaparkan dalam Setengah Berisi, Setengah Kosong amat mengujakan saya kerana beliau tidak perlu berada di sinibagi memberi ceramah motivasi.

   


0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging