Genre: Motivasi
Rating Kulit Buku: 4.1
Pengarang: Hasrizal Abdul Jamil
Erti Hidup Pada Memberi. Ini permulaan bagi Abu Saif.
Banyak yang saya pelajari daripada buku Abu Saif terutama dari segi rumahtangga dan motivasi. Ustaz Hasrizal memulakan kisah hidup beliau melalui blog dan kesinambungan itu diteruskan dengan menulis buku tentang kisah peribadi beliau. Sebagai seorang bekas Imam di salah sebuah masjid di United Kingdom banyak cabaran yang cuba dilontarkan di samping tunang tercinta.
Indahnya buku ini terletak bagaimana kisah percintaan beliau dengan tunang beliau. Walaupun beliau berasal dari kampung namun pembawaan beliau sebagai ustaz muda amat menawan hati sesiapa yang membaca buku ini. Biasiswa yang diterima tidak pernah menjadikan beliau lupa akan siksa dan azab semasa berada di Jordan dahulu. Yang menarik tentang buku ini lagi berkaitan dengan istilah yang digunakan kadangkala trendsetter bagi orang lain mengikutinya contoh seperti istilah Gelagat Ahli Fitrah. Kesibukan beliau dalam menguruskan rumah tangga tidak pernah melunturkan semangat juang untuk bermotivasikan secara Islami ke anak muda.
Melihat kepada kulit buku yang direka amat nampak kemas dan tidak berlebihan. Semasa saya membeli buku ini saya tidak tertarik sangat kepada tajuk tulisan yang menggunakan font yang agak biasa sahaja. Namun gabungan bentuk hati di bawah amat menarik ditambah dengan tulisan arial atau georgia bagi memaparkan nama pengarang. Warna biru laut dan ungu amat terserlah keserasiannya. Di samping itu gambar pengarang diletakkan di belakang bukannya di depan seperti buku yang lain.
Keakraban cinta ayah dan anak dapat dirasai serba sedikit dalam pengalaman hidup yang Ustaz Hasrizal hadapi sehingga kini. Walaupun pada usia yang lewat untuk berkahwin beliau masih mampu berhujah tentang cinta tidak kira kepada muslim lelaki dan perempuan. Dengan membawa produk 'cinta' Abu Saif masih mampu bermotivasi.

0 comments:
Posting Komentar