31 Mar 2012

60+ Earth Hour

Pada malam ini sepatutnya semua premis perlu menutup lampu bagi memberi sokongan kepada 'upacara' menyelamatkan bumi dari pembaziran. Namun kelihatan rakyat Pulau Pinang khususnya masih mengambil mudah mengenai perkara ini termasuklah saya sendiri. Saya merasakan perkara ini ada kebaikannya namun tidak kurang yang memerlukan lampu untuk membaca BUKU. 

Bagi menyokong serba sedikit perkara ini isteri saya membeli lampu bilik tidur dengan 40 Watt lampu di kedai D.I.Y yang terdapat dalam Tesco Seberang Jaya. Lampu ajaib ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit sebanyak dalam para penyelamat bumi berpuashati dengan kaedah yang keluarga kami anjurkan.

Objektif blog ini dilahirkan ke dunia ini tidak lain bagi menjadi pengkritik tetap lagi tegar kepada semua buku yang mampu dibeli. Setakat ini tidak banyak lagi blog yang mengkritik karya-karya agung khususnya yang berbahasa Melayu. Saya ingin menjadi pemula bagi mengkritik semua buku termasuklah Dato' A Samad Said. 



Dengan lafaz Bismmillahirrahmanirrahim saya merasmikan blog kedua yang berpusat di rumah apartmen saya dan anak isteri berteduh sekarang.

0 comments:

Posting Komentar

Nuffnang

Amazon.com

 
Copyright © Tuan Buku | Theme by BloggerThemes & simplywp | Sponsored by BB Blogging